Pendaftaran Murid Prasekolah 2011

Pendaftaran untuk murid baru Prasekolah Sekolah Kebangsaan Santan bagi tahun 2011 telah diadakan pada :

Tarikh : 31 Disember 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Pg
Tempat : Kantin SK Santan

Seramai 46 orang murid telah mendaftar pada hari ini. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat kepada para waris murid yang mendaftar. Sesi taklimat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dipengerusikan oleh Encik Shahrizan bin Othman, guru kelas Prasekolah Kualiti Sekolah Kebangsaan Santan. Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Santan, Encik Shahril Ridzwan Wan Bin Abdullah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua waris atas sokongan mereka terhadap prasekolah dan mengalukan-alukan kedatangan anak-anak mereka ke prasekolah Sekolah Kebangsaan Santan.
Sesi taklimat diteruskan oleh Cik Norma Binti Desa, guru kelas Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Santan. Antara perkara yang disampaikan pada sesi taklimat ini adalah mengenai:

* Pakaian murid
* Masa PnP
* Makanan
* Bayaran
* KSPK
* Aktiviti PnP murid
* Penilaian
* Penglibatan dan kerjasama daripada para ibu bapa terhadap semua program yang dianjurkan oleh prasekolah.

Sesi taklimat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

0 comments:

Post a Comment