Pemeriksaan Kesihatan

0 comments
Tarikh : 10 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi

"Cikgu2, ada misi mai kelas kita"..tu la yang murid2 kelas prasekolah cakap bila nampak 4 org misi tgh berjalan menuju ke kelas prasekolah kami. Ada jugak murid yang terus menangis bila nampak misi...huhu..takottt


Pertandingan Mewarna...

0 comments
Murid-murid Prasekolah SK Santan tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Mewarna sempena Minggu Anti-Dadah peringkat SK Santan yang diadakan pada hari Khamis, 25 Februari 2011...











Hadiah disampaikan kepada para pemenang pada Majlis Perhimpuan Pagi Isnin, 28 Februari 2011 di Dataran Perhimpunan SK Santan...
















Wajah-wajah Baru 2011

0 comments
Minggu Pertama di Prasekolah...

Hari Pertama Prasekolah...3 Jan 2011

0 comments
Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari pertama persekolahan (3 Januari 2011). 3 orang murid menangis pada hari pertama ni tapi wajah-wajah sedih yang ditinggalkan ibu bapa mereka ini tak sempat dirakam sbb cikgu sibuk dok pujuk murid-murid nie...huhu...


Pendaftaran Murid Prasekolah 2011

0 comments
Pendaftaran untuk murid baru Prasekolah Sekolah Kebangsaan Santan bagi tahun 2011 telah diadakan pada :

Tarikh : 31 Disember 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Pg
Tempat : Kantin SK Santan

Seramai 46 orang murid telah mendaftar pada hari ini. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat kepada para waris murid yang mendaftar. Sesi taklimat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dipengerusikan oleh Encik Shahrizan bin Othman, guru kelas Prasekolah Kualiti Sekolah Kebangsaan Santan. Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Santan, Encik Shahril Ridzwan Wan Bin Abdullah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua waris atas sokongan mereka terhadap prasekolah dan mengalukan-alukan kedatangan anak-anak mereka ke prasekolah Sekolah Kebangsaan Santan.
Sesi taklimat diteruskan oleh Cik Norma Binti Desa, guru kelas Prasekolah Bestari, Sekolah Kebangsaan Santan. Antara perkara yang disampaikan pada sesi taklimat ini adalah mengenai:

* Pakaian murid
* Masa PnP
* Makanan
* Bayaran
* KSPK
* Aktiviti PnP murid
* Penilaian
* Penglibatan dan kerjasama daripada para ibu bapa terhadap semua program yang dianjurkan oleh prasekolah.

Sesi taklimat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

Info...

0 comments
Prasekolah SK Santan terletak lebih kurang 5 km daripada Bandar Kangar, dan berdekatan dengan kawasan Rekreasi tasik Melati. SK Santan mula menawarkan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2003. Setelah 5 tahun beroperasi, pada tahun 2008 lagi satu kelas prasekolah dibuka di sekolah ini untuk menawarkan pendidikan yang sama kepada kanak-kanak di sekitar kawasan ini.